Header Ads

Kesian Mak!!!! Semua kerja Mak buat.... Ayah di rumah kerjanya cuma main handphone ajer

Assalamualaikum warga krt 

 Saya mohon admin dapat kongsikan kerana Saya sangat memerlukan pendapat dan nasihat daripada semua. Kita biasa dengar tentang suami/ayah yang abaikan tanggungjawab. 

 Itulah masalah yang kami sekeluarga kena tanggung terutamanya ibu saya. Sudah berbelas2 tahun ayah saya berhenti kerja dan bekerja sendiri tapi jarang sangat dapat projek/duit. Boleh kata dia langsung tak berkerja. 

Jadi selama tu jgk lah ibu saya terpaksa berkerja tanggung 7 orang termasuk dia. tanggungjawab Sara keluarga tu dia dah anggap tanggungjawab ibu saya bukan dia.

Jadi apa yang dia buat Setiap hari? Takde apa selain tidur dan main fb/fon di rumah. Kadang2 tengah hari baru bangun, Kadang2 pagi terus terpacak menghadap fon. 
Kalau bosan main fon, dia akan tidur. Kalau bosan tidur, dia main fon. 

 Kadang2 dia belikan makanan tengah hari. Kalau tak tunggu ibu saya bawak balik makanan petang tu (ibu saya guru, jadi selalu balik awal ptg). 

Bukan tak penah tegur, tapi bila ditegur dia mula meninggi suara. Pelbagai alasan diberi dan mengungkit. katanya dia ada jugak sumbangan dia. Penah sekali dia cakap ibu saya tak bersyukur sebab dia penah tanggung perbelanjaan keluarga selama 2 tahun (ye selama 2 tahun je) dan dah kurangkan "beban" ibu saya. 

Dia sentiasa dia rasa dia betul dan tak penah salah. Bagi dia, dia dah cukup selesa dengan hidup dan "pencapaian" dia dan rasa dia dah buat tanggungjawab dia dengan baik. Dia memang rasa macam tu walaupun hari2 dia duduk rumah tak buat apa2.

Yang saya nampak, asalkan dia dah penah buat sekali dia dah rasa cukup dan tak perlu buat lagi. Ironiknya, dia selalu complain yang ibu saya terlalu sibuk dengan kerja sampai tak sempat uruskan rumah (dan layan dia). 

 Owh ye, awal2 lagi dia dah bagitau yang kerja rumah dan memasak kerja ibu/isteri. Jadi lepas balik kerja ibu saya "sepatutnya" uruskan rumah, memasak dan jaga anak2.  
Bila kami satu keluarga sibuk kemas rumah pun dia mcm biasa sibuk dgn fonnya. Bahkan cabut rumput tgh panas pun ibu saya (dgn adik beradik saya) yang buat walaupun ibu saya dah mintak dia buatkan. 

Dia penah kata dia orang "bandar" tak buat kerje mcm tu. Ibu saya memang seorang yang penyabar. Berbelas2 tahun hidup menjadi hamba abdi tanpa sikit pun penah memburukkan suaminya kepada sesiapa termasuk depan anak2 walaupun suami dia yang selalu burukkan dia depan anak. 

Ibu saya kata biarlah… dah nasib dia begitu nak buat macam mana lagi, lagipun bila ditegur melenting. Daripada kisahnya, dia menyesal berkahwin dengan ayah dan pada hemat saya, ibu saya bukan taknak buat apa2 tapi tak tau nak buat apa/macammana.

Saya pun tak tahu kepada siapa boleh diadukan masalah ini. Jadi saya ingin memohon nasihat dan pendapat kepada warga krt, kpd siapakah saya boleh rujuk hal ini, dan apa tindakan yang kami boleh ambil? 

 Saya rasa cukup lah kami bersabar. Lagipun saya rasa dia "naik lemak" sebegitu sebab ibu saya diam sahaja selama ini. Jika ada orang lain yang boleh nasihatkan dia mungkin dia akan berubah, jika tidak boleh jugak, mungkin boleh difikirkan untuk berpisah sahaja. 

 Terima kasih banyak semua.

sumber:  FB krt

No comments