Header Ads

[6 GAMBAR ] Terima Kasih Cikgu Wong!!! Orang Pertama Temui Lans Koperal Norhisham Abdullah

Di sini saya jumpa dia!!!

Aktiviti berjogging pada hari ini bagi Cikgu Wong Lay Hua, 51 tahun, pastinya menjadi kenangan yang akan kekal hingga ke hayatnya.

Beliau adalah orang yang paling bertuah kerana telah menjadi orang pertama yang menemui Lans Koperal Norhisham Abdullah yang telah hilang selama tiga hari.

Ketika dijumpai, mangsa dikatakan dijumpai 5 hingga 10 meter dari tandas awam Gunung Lambak di laluan jalan kaki (denai) dalam keadaan tertiarap dengan muka tersembam di tanah. 

Agak menghairankan jugak kerana lokasi tersebut adalah antara lokasi yang menjadi laluan para anggota penyelamat sejak hari pertama lagi.

Bagaimanapun ada yang menyifatkan kehilangan beliau adalah kerana disorokkan oleh bunian yang berada di situ.

Agak menghairankan kerana ketika ditemui kasutnya juga dalam keadaan bersih.. bahagian betis dia pun bersih, walaupun ketika cuaca ketika beliau hilang selama dua tiga hari ini adalah hujan.

Seharusnya jika tersesat di dalam hutan selama tiga hari pastinya keadaan badannya berlumpur. 

Namun teori paranormal tersebut hanya beliau sahaja yang tahu, apa sebenarnya yang berlaku.

Apapun, menurut anggota penyelamat, mangsa dipercayai turun sendiri ke kaki Gunung Lambak sebelum ditemui oleh Cikgu Wong Lay Hua pada jam 6.30 pagi.

Ketika ditemui, mangsa Lans Koperal Norhisham Abdullah , 30 tahun yang mempunyai masalah kesihatan asma berada dalam keadaan lemah kerana mengalami sesak nafas kritikal serta tidak makan dan minum selama tiga hari. 

 https://www.facebook.com/kaj.kluang/ 

Video

No comments