SYUKUR!!!! Terbukti Mereka Semua Tak Jahat. Mahkamah Bebaskan 6 Remaja Dari Tuduhan Rogol Gadis 15 Tahun Pukul 2.30 Pagi
KUALA PILAH: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepaskan dan membebaskan enam lelaki daripada tuduhan merogol seorang gadis bawah umur di Jelebu, dua tahun lalu.
Hakim Nariman Badruddin, membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap semua tertuduh selepas lapan orang termasuk mangsa memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula September tahun lalu.
Tertuduh membabitkan Muhamad Tirmizi Daud, 21; Muhammad Aqmar Mohd Saad, 19; Mohamad Nurhidayat Mazli, 20; Ismail Abdul Talib, 28; Muhammad Shukry Md Azlisam, 20, dan Muhammad Hasanul Jasni, 20, kelihatan lega selepas mendengar keputusan itu.
Nariman dalam penghakimannya berkata, antara fakta penting dalam membuat keputusan itu ialah mangsa memberi keterangan bercanggah dan meragukan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun, di sebuah pondok di Jelebu, kira-kira jam 2.30 pagi pada Ogos 2015.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khadijah Mohd Pisol, manakala semua tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.
bharian

Post a Comment