Header Ads

Joe Wings Akhirnya Tinggalkan Wings Setelah 30 Tahun Bersama

Joe Wings Akhirnya Tinggalkan Wings Setelah 30 Tahun Bersama
Tamat sudah teka teki apabila kumpulan Wings kini sah tinggal bertiga selepas pemain gitar utamanya, Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir mengundur diri.
Vokalis kumpulan rock popular itu, Awie mengakui keputusan itu diambil selepas perbincangan dengan semua anggota.
Bagaimanapun, mereka tidak melihat perkara ini sebagai isu kerana fenomena ahli keluar masuk dalam sesebuah kumpulan memang hal normal.
"Saya dan Black pernah keluar daripada Wings tetapi kami k
Tamat sudah teka teki apabila kumpulan Wings kini sah tinggal bertiga selepas pemain gitar utamanya, Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir mengundur diri.
Vokalis kumpulan rock popular itu, Awie mengakui keputusan itu diambil selepas perbincangan dengan semua anggota.
Bagaimanapun, mereka tidak melihat perkara ini sebagai isu kerana fenomena ahli keluar masuk dalam sesebuah kumpulan memang hal normal.
"Saya dan Black pernah keluar daripada Wings tetapi kami kembali bersama. Bagi kami itu tidak menjadi masalah. Wings kuat sebab nama Wings sendiri. Bukan kerana saya, atau atas kapasiti individu.
"Sesiapa pun boleh membawakan muzik Wings andai salah seorang daripada kami tiada. Joe hanya pemuzik, di luar sana pun ramai lagi pemuzik yang bagus.
"Persembahan atau konsert boleh diteruskan dengan sessionist undangan," katanya  pada sidang media  Konsert Wings & Superfriends Belenggu Irama, di Istana Budaya.
Begitupun, Awie atau nama penuhnya Datuk Ahmad Azhar Othman memaklumkan mereka tidak  akan mencari pengganti sebaliknya selesa bergerak bertiga.
Kumpulan rock popular yang ditubuhkan pada tahun 1987 itu turut ditunjangi Black yang juga pemain dram serta Eddie merangkap pemain gitar bas.
Sebelum ini timbul khabar angin mengenai pengguguran Joe selepas kelibatnya  tidak kelihatan ketika kumpulan terbabit mengadakan persembahan di konsert ambang  tahun baharu di Melaka.
Pada masa sama, Awie enggan mengulas mengenai alasan pengunduran itu malah menegaskan enggan mengaibkan mana-mana  pihak.
Katanya, beliau juga baru mengetahui Joe kini mempunyai kumpulan sendiri dinamakan Prime Domestic dan bakal mengadakan konsert pada Mac ini.
Sementara itu, berkongsi maklumat mengenai Konsert Wings & Superfriends Belenggu Irama di Istana Budaya pada 6 hingga 9 April depan, mereka bakal menggunakan khidmat pemuzik undangan.
Konsert itu nanti membariskan 25 selebriti popular termasuk  Datuk Siti Nurhaliza, Datuk  Ramli  Sarip, Datuk M Nasir, Liza Hanim, Beto Khusairy dan Sahara Yaakob dengan matlamat membantu artis lain seperti Yazid Search.

No comments