Header Ads

Safee Sali Semakin Mantap Prestasinya.. Mungkinkah Tan Cheng Hoe Pilih Jadi Penyerang Harimau Malaysia?

Safee Sali Penyerang Harimau Malaysia

Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali berjaya menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhir Liga Super. Lama juga peminat tidak melihat penyerang berusia 34 tahun ini menjaringkan gol. Baru-baru ini, Safee berhajat untuk kembali mewakili pasukan kebangsaan. Persoalannya ialah, adakah beliau masih relevan untuk mewakili Malaysia ?

Safee Sali

Kali terakhir kita melihat kelibat Safee beraksi bersama pasukan negara ialah ketika Malaysia beraksi di temasya Piala AFF Suzuki 2016 lalu. Setelah itu, posisi penyerang pasukan negara diisi oleh Hazwan Bakri, Darren Lok dan Zaquan Adha.
Pemain yang pernah menjadi penyerang terbaik Asia Tenggara dari tahun 2010 hingga 2012 ini sememangnya sinonim dengan pasukan kebangsaan. Namun, itu dulu. Semasa beliau berada di prestasi kemuncak dengan menjaringkan gol dua digit semusim.
Safee Sali yangs sekarang jauh berbeza berbanding tahun 2010 hinggalah 2012. Beliau dilihat sedikit bergelut untuk mendapat minit bermain yang cukup bersama PKNS FC musim ini.
Walau pun begitu, Safee masih mempunyai masa untuk meyakinkan Tan Cheng Hoe bahawa berbaloi untuk memasukkan nama beliau dalam pasukan yang akan bertanding dalam temasya Piala AFF Suzuki pada hujung tahun ini.
Jika Safee berjaya membantu PKNS FC menamatkan saingan Liga Super musim ini di kedudukan terbaik dan membawa PKNS mara ke perlawanan akhir Piala FA, mungkin Tan Cheng Hoe akan menilai semula sama ada beliau layak ataupun tidak.
Ketika ini, posisi penyerang skuad kebangsaan diisi oleh Zaquan Adha. Di bangku simpanan, ada Shahrel Fikri, Hazwan Bakri, Darren Lok. Itupun jika Hazwan dan Darren mendapat pelepasan daripada kelab mereka.
Kami berpendapat ada penyerang lain yang boleh mengisisi posisi serangan pasukan negara selain daripada Safee Sali. Terutamanya pemain muda seperti Akhyar Rashid dan Safawi Rasid. Ada baiknya untuk memberi dua pemain ini peluang untuk tampil bersama skuad kebangsaan.
Apa pendapat anda mengenai hasrat pemain veteran, Safee Sali yang mahu kembali menyarung jersi pasukan kebangsaan ? Adakah beliau masih relevan ?

sumber: inikanbola

No comments