Header Ads

ITULAH... JANGAN MAIN-MAIN DENGAN AGONG!! Kadir Jasin Akhirnya Letak Jawatan

Datuk A Kadir Jasin hari ini meletak jawatan sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) berkuatkuasa serta merta.
Kadir berkata beliau membuat keputusan itu demi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat berkaitan peranannya dalam MPK serta pandangan beliau dalam blog dan kolum mingguan di akhbar Sinar Harian.
"Sebagaimana yang saya tegaskan dalam mukadimah blog saya, segala pendapat yang saya zahirkan di dalamnya adalah pendapat saya semata-mata. Saya menulis atas kapasiti sebagai seorang blogger dan tiada kaitan dengan sebarang jawatan yang mungkin saya pegang.
"Bagaimanapun, wartawan dan pihak lain yang memetik pandangan saya terus mengaitkannya dengan kedudukan saya sebagai Ketua Media dan Komunikasi MPK," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Justeru, bagi mengelak kesipuan kepada MPK dan percanggahan kepentingan di pihaknya, Kadir berkata beliau sudah memohon untuk mengundur diri dan keputusan itu dipersetujui oleh Pengerusi MPK, Tun Daim Zainuddin.
Dalam kenyataan itu beliau turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr

Mahathir Mohamad dan Daim atas kepercayaan serta keyakinan mereka terhadapnya selain petugas Unit Media dan Komunikasi di atas ketekunan dan kerja kuat mereka.
"Saya akan terus menyumbang bakti kepada tanah air kita yang tercinta ini dan rakyatnya dengan cara terbaik yang saya ketahui, iaitu menerusi mata pena saya. Terima kasih. Semoga Allah memberkati," katanya.
Pada 12 Mei lalu Dr Mahathir mengumumkan pembentukan MPK yang bertindak menasihati kerajaan mengenai ekonomi dan kewangan ketika proses peralihan kuasa dengan melantik lima pakar terkemuka bagi mengisi jawatan dalam majlis itu.
Mereka adalah bekas Menteri Kewangan, Daim; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas presiden Petronas, Tan Sri Hassan Merican; tokoh korporat, Tan Sri Robert Kuok dan ahli ekonomi terkemuka negara, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.
Selain itu, bertindak sebagai sekretariat ialah pakar ekonomi Dr Muhammad Abdul Khalid, manakala tokoh wartawan, Kadir sebagai Ketua Media dan Komunikasi. - BERNAMA

No comments