Header Ads

SEDIH.. Warga Emas dihalau Macam Binatang Semasa Berbuka Puasa di Foodcourt Mydin Bukit Jambul

Aduan pengguna @ Foodcourt Mydin Bukit Jambul. Agak menyentuh hati dan perasaan. Apa komen ampa?

Pada jam 730 petang tadi. Waktu saya & family sedang cari tempat untuk berbuka, kami turun ke food court Mydin Bukit Jambul. Sementara tunggu azan, kami berehat sekejap dekat kerusi menunggu dekat food court tu.

Sebaik shj azan, kami hanya minum air tin yang dibawa dari rumah. Kami baru berniat nak beli makanan dekat food court tersebut. Oleh sebab orang ramai dekat food court, kami ambik keputusan untuk tunggu sebentar.

Sambil menunggu, ada beberapa orang yg bawa makanan dari luar, duduk dekat meja d food court. Sebaik shj dorang menadah tangan, membaca doa dan menjamah makanan yang dibawa, terdapat seorang lelaki yang berbadan besar menghampiri mereka dan memberi warning supaya beredar pada meja tersebut.

Kami juga melihat terdapat beberapa lagi warga emas yang diusir oleh lelaki tersebut. Nak dijadikan cerita, seorang pakcik dalam lingkungan 60-an tersebut baru shj menjamah judah berbukanya yang dibawa bersama, ditegur oleh lelaki tadi.

Lelaki tersebut meminta pakcik tersebut beredar. Malah pakcik tersebut berkata dia hanya mahu berbuka puasa bersama juadahnya. Bukan nak tinggal lama disitu.

Kemudian, dtg lg seorang lelaki berbadan besar tu dan bertanya kepada rakannya "kenapa ni?" Rakannya berkata "dia ni bawa makanan luar dan duduk dekat sini" dengan nada yang marah.

Lalu pakcik tersebut membungkus semula makanannya dan beredar daripda situ kerana keadaan mulai keruh.

Saya hairan, kenapa sanggup berbuat sedemikian? Tidak bolehkan meletakkan sebarang papan tanda bahawa MAKANAN LUAR TIDAK DIBENARKAN MASUK atau menegur dengan lebih sopan? Cuba bayangkan jika pakcik yang diusir sebegitu rupa adalah BAPA atau SAUDARA MARA kita. Mereka juga memerhatikan setiap meja pelanggan yang tiba di food court tersebut.

Jika ada makanan luar yang dibawa oleh pelanggan, mereka akan usir. Siapa tak takut dengan muka bengis dan badan besar mereka tersebut? Allahuakbar.

Admin kongsikanlah cerita saya agar pelanggan yang ingin berbuka dan membawa makanan daripda luar tidak pergi ke food court tersebut. Hal ini kerana saya tidak mahu orang lain dimalukan dikhalayak ramai.-penang 

No comments