Header Ads

TERHARU..Meskipun Kami Ini Hanyalah Rakyat Biasa Sahaja Tetapi Baginda Permaisuri Johor Sanggup Datang Ke Kubur Mohd Thaqif

permaisuri johor ziarah kubur arwah mohd thaqif

Permaisuri Johor ziarah kubur arwah Mohd Thaqif

Penduduk Felda Bukit Aping Timur Kota Tinggi dikejutkan dengan bunyi siren Polis pada petang tadi. Rupa-rupanya ia adalah bunyi daripada kenderaan pengiring yang menigiringi Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang berkenan untuk mencemar duli menziarahi kubur pelajar tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur, hari ini.

Baginda tiba kira-kira jam 3.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur di sini dan berkenan membaca Yasin dan tahlil ringkas.

Ibu bapa Allahyarham Felda Wani Ahmad, 40 dan Mohd Gaddafi Mat Karim, 43 serta ahli keluarga dan saudara mara turut berada sama.

Raja Zarith Sofiah berkenan untuk menyiram air mawar di kubur arwah adik Thaqif dan baginda telah meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama anggota keluarga Allahyarham selama setengah jam.

Rombongan Permaisuri Johor juga diiringi oleh  Pegawai Daerah Kota Tinggi, Dr Badrul Hisham Kassim, dan Kadi Daerah Kota Tinggi, Suhaimi Rebu.

Ibu arwah Thaqif berasa amat terharu dengan keprihatinan pemaisuri yang sudi mencemar duli melawat anaknya ketika masih hidup dan meninggal dunia.

"Baginda sanggup datang ke sini (kubur Mohamad Thaqif) meskipun kami ini hanyalah rakyat biasa sahaja. Baginda juga memang hendak melawat arwah semasa majlis pengkebumian tapi tak kesampaian.

"Nampak kesungguhan baginda hendak datang," katanya kepada media.

Katanya, sejak pemergian anaknya itu orang ramai tidak putus-putus datang untuk mengucapkan takziah selain tahlil ringkas yang sentiasa dianjurkan di kediaman bapanya dekat Felda Bukit Aping Timur di sini.

"Majlis kenduri tahlil arwah berlangsung seperti biasa selama tujuh hari. Tahlil ringkas sentiasa ada, siang tadi ada pelajar tahfiz di sini yang buat.

"Malam ini kami adik beradik pula akan buat tahlil,"katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan mendoakan Allahyarham anaknya itu.

Sebelum ini kisah Mohamad Thaqif Amin yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru pada 19 April menjadi tular di media sosial selepas dia dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden madrasahnya.

Selepas kedua-dua belah kakinya dipotong, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadualkan dipotong dari jari hingga bawah siku, namun pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil.

Bagaimanapun, selepas lapan hari bertarung nyawa, akhirnya Allahyarham Mohamad Thaqif Amin, 11, meninggal dunia pada 2.05 petang pada 26 April lalu ketika sedang dalam rawatan di HSI.

No comments