Header Ads

KURANG AJAR.. ANAK MURID TINGKATAN SATU SENTUH KEMALUAN GURU GANTI KETIKA PELAJAR LAIN PERGI SOLAT

Seorang guru muda menjadi mangsa cabul pelajarnya sendiri di kelas sebuah sekolah menengah di Puchong Perdana dekat sini Rabu lalu.

Pelajar tingkatan 1 itu menyentuh kemaluan guru ganti berusia 27 tahun ketika pelajar lain ke surau menunaikan solat sekitar jam 4 petang, lapor Harian Metro.

“Suspek kemudian terus berjalan ke arah mangsa yang berada di bahagian hadapan kelas dan memegang kemaluan mangsa,” satu sumber memberitahu akhbar itu.

“Suspek melarikan diri keluar dari kelas, [lalu] dikejar mangsa yang kemudian memukul bahagian bahu suspek serta menyoal tindakan liar suspek.”

Namun murid itu hanya berdiam diri, seolah-olah tiada apa yang berlaku dan terus keluar dari sekolah tersebut.

Remaja berkenaan ditahan selepas laporan polis dibuat mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sumber: Projek MMO

No comments