Header Ads

MASYAALLAH..!! AKIBAT BERKENALAN DI WECHAT.. Pelajar Tingkatan Dua Lahir Anak Luar Nikah..

Remaja berusia 14 tahun melahirkan seorang bayi perempuan di rumah di Kampung Geylang Pertang, Simpang Pertang, 4.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Othman Basri berkata, remaja yang juga pelajar sekolah menengah di daerah ini mengejutkan keluarganya apabila terlanjur dengan teman lelakinya, 19, pada Mac lalu.

Katanya, remaja itu mengenali teman lelaki menerusi aplikasi WeChat sehingga menjurus melakukan hubungan seks.

"Pada 3 pagi kelmarin, remaja terbabit mengadu kepada kakaknya sakit belakang sebelum melahirkan bayi. "

Kakak Terpaksa Dedah..

Dia pada awalnya meminta kakaknya tidak memberitahu keluarga namun menyaksikan keadaannya yang berdarah, kakaknya terpaksa memaklumkan ibu bapa mereka," katanya.

Othman berkata, sehubungan itu remaja berkenaan dibawa ke Hospital Jelebu di sini sebelum laporan dibuat di Balai Polis Pertang 2.45 petang. "Remaja ini dan bayi dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut.

 "Sementara itu teman lelaki remaja berkenaan ditahan polis, 1.30 tengah hari semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

 Beliau berkata, kes turut dirujuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

No comments