Header Ads

Korang Tau Ke Macam Mana Orang Boleh Jual Anak angkat? Cari di Facebook KORANG PASTI TERKEJUT..!!

PENDEDAHAN  Al Jazeera TENTANG   Malaysia merupakan sebuah hub untuk menjual bayi, di mana pembeli boleh pilih bayi mengikut jantina, bangsa dan warna kulit. Korang boleh tengok sendiri dokumentari pendek ni di bawah:

Perkara ini telah didedahkan oleh  Harian Metro pada tahun lepas, Laporan dari PDRM menunjukkan data  Februari 2008 hingga Ogos 2015, sebanyak 39 kes penjualan bayi telah disiasat di negara ini dan 140 orang individu telah berjaya ditahan kerana terlibat dalam dalam aktiviti pemerdagangan  bayi.
IGP telah Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan tersebut,  Al-Jazeera yang mengatakan penjualan bayi begitu mudah dijalankan walaupun memang terdapat aktiviti tersebut.
Pakai Facebook boleh senang ke beli anak angkat?
FA merujuk kepada family angkat. Screenshot dari youtube Al Jazeera

Seorang wanita yang pernah cuba untuk mendapatkan perhkidmatan ini  telah mendedahkan kepada wartawan Soscili,
“Dia (ejen/orang tengah/ibu kandung bayi tersebut) akan menghubungi kita untuk berbincang mengenai bayaran dan kos rawatan…dah deal semua baru jumpa.” – Nurul 
Menurut Al-Jazeera, Beberapa group dan page ‘penjual bayi’ telah dibuat oleh mereka bagi mengiklankan anak. Malah turut disediakan juga  katalog. 
Antaranya ialah

Memang banyak betul permintaan untuk dapatkan anak angkat 

Cuba taip keyword  ‘anak angkat’, ‘anak anugerah’ apa semua pada ruangan Carian Facebook. Korang tengok hasilnya,,, Macam tak percaya puak  betapa banyaknya yang nak bagi dan yang nak terima:
(Sedikit glossari: FA-family angkat, BM-biomum/ibu kandung.)

Mereka yang nak cari keluarga angkat:

Bagi yang tak tau, ‘anak tak sah taraf‘ ni maknanya ialah anak luar nikah sama ada daripada zina atau dirogol.

Mereka yang cari anak angkat

Komen daripada Admin page Kami Sanggup Ambil Anak Angkat tentang orang yang nak tau kenapa perlu bayar saguhati

Saguhati yang dikenakan ada yang mencecah RM10K untuk anak angkat tapi ada juga yang duitnya lesap kerana kelentong.
Laporan dari Metro Harian, bayi yang baru lahir biasanya akan ‘dijual’ dengan harga antara RM1,000 hingga RM30,000 bergantung kepada jantina dan bangsa bayi tersebut.

“Dulu saya pernah tanya satu adoption group ni, lepas tu dia mintak RM10K. Bila saya bagitau nak report polis, terus dia block saya.” – Nurul 
Tambah Nurul lagi, dia tak jadi amik bayi tersebut kerana dia berasa macam orang tersebut sengaja nak jual bayi tu (pemerdagangan bayi) sedangkan niat dia sebenarnya cuma mahukan bayi tersebut untuk dijadikan anak angkat daripada si ibu buang bayi tersebut seperti kes-kes yang sering didengar (pembuangan bayi).
Namun ada jugak yang tak meminta bayaran (membeli anak) tetapi hanya minta untuk sediakan tempat berlindung sementara sebelum bersalin,membayar kos rawatan hospital swasta serta menyediakan tempat untuk berpantang je:
Imej dari Facebook Pencarian Anak Angkat
Tapi bila dah bayar pun, ada yang kena tipu! Antara kes penipuan yang telah dikesan oleh wartawan soscili adalah seorang lelaki ni yang bersungguh=sungguh betul mintak duit sebelum bagi anak angkat
Tapi nak cari bayi ni satu hal, bila dah dapat, banyak proses lagi yang orang lupa ambil kira, contohnya…

Kalau ambil anak angkat, dia bin (atau binti) siapa?

Menurut Metro Harian, sindiket yang terbabit dalam penjualan bayi ni biasanya akan mempunyai beberapa anggota yang memainkan peranan sebagai:
  1. Agen mencari bayi atau ibu yang mengandung.
  2. Agen yang mencari pasangan suami isteri yang ingin mengambil anak angkat.
  3. Agen yang menguruskan pendaftaran kelahiran bayi dan pengambilan anak angkat.
Malah ada sesetengah sindiket ni berjaya memalsukan dokumen dengan mendaftarkan kelahiran bayi menggunakan maklumat ibu bapa angkat sebagai ibu bapa kandung (bin atau bintikan bapa angkat) dan dorang turut menyediakan sijil kelahiran asli yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara.
“Kalau kita lalui orang tengah ni lebih mudahlah kerja kita sebab mereka ada spesifik balai dan cawangan JPN… ia lebih senang untuk berurusan.” – Nurul 
Perkara ni pun turut disahkan oleh Bonda, seorang wanita tempatan yang menjadi orang tengah sindiket penjualan bayi dalam pendedahan video dokumentari Al Jazeera tadi.
“Bonda akan buat surat perjanjian dan kamu (ibu bapa angkat) pun kena buat juga. Sebagai tanda persetujuan bersama bagi mengelakkan penipuan. Akan ada sign polis sebagai saksi”
“Mesti ada ‘orang dalam’ tolong (doktor dan pejabat pemerintah). Mudah, sign-sign je dah setel.” – Bonda. Dipetik dari Al Jazeera.

Ustaz Azhar Idrus ada kata yang hukum ‘bin atau binti’ kan anak angkat dengan nama bapa angkat adalah berdosa besar. Ia jugak akan menjadi masalah dalam soal wali nikah dan pembahagian harta pusaka kerana bapa angkat tak boleh menjadi wali nikah. 
Menurut Ustaz MAZA, anak angkat tak berhak untuk dapat harta pusaka. Tapi korang boleh berikan anak angkat harta dengan membuat wasiat.
Menurut video Al Jazeera, pengambilan anak angkat secara legal kat Malaysia ni memerlukan masa yang lama sehingga bertahun-tahun serta prosesnya jugak sangat rumit. So kami cuba tengok, sejauh mana ‘kerumitan’ yang dinyatakan tu…

Dan semenjak laporan Al-Ajazeera jugak, kerajaan nampaknya semakin rajin dalam mengambil tindakan. Malah ‘bonda’ yang dilaprkan oleh Al-Jazeera pun dah kena tangkap! Syabas PDRM!

Kalau korang jumpa apa-apa aktiviti macam ni yang macam ada tak kena je… jangan lupa report kat polis! Takpun tweet je terus kat IGP Khalid.

soscili.my

No comments