Header Ads

AL-FATIHAH.. AJAL Anggota APM Meninggal Dunia Setelah Bantu Cari Pemancing Hilang

KUALA TERENGGANU 3 Dis. - Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meninggal dunia sebaik sahaja selesai menjalankan operasi mencari seorang pemancing yang hilang di Sungai Lut, Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu tengah hari tadi. 

Pengarah APM Negeri, Lt. Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, Mohd. Syawal Mohd. Yusof, 35, dikatakan rebah kira-kira 300 meter dari lokasi di mana pemancing tersebut Satar Ali, 45, ditemukan pada pukul 11.30 pagi. 

"Mohd .Syawal kemudian diberi bantuan kecemasan oleh anggota penyelamat sebelum dibawa keluar dari kawasan tersebut oleh anggota bomba dan diserahkan kepada pihak polis. "Pihak polis kemudian membawanya ke Hospital Hulu Terengganu, namun disahkan telah meninggal oleh pihak hospital," katanya. Terdahulu, Satar yang hilang setelah terpisah dari kumpulannya Khamis lalu berjaya ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pagi tadi. 

Dia dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 11.35 pagi kira-kira 500 meter dari tempat kali terakhir dia dilihat pada hari kejadian. 

Satar dikatakan berpatah semula untuk mengambil semula umpannya yang tertinggal di dalam raga motorsikalnya sebelum kehilangannya disedari oleh empat lagi rakannya tidak lama kemudian. 

Komander Operasi Mencari dan Menyelamat, ASP Bulian Zakaria ketika ditemui berkata, mangsa dijumpai mangsa dijumpai oleh rakannya sendiri yang bersama dalam operasi tersebut dan dalam keadaan lemah disebabkan tidak makan dan minum sejak dari semalam. - UTUSAN ONLINE -

No comments