Header Ads

Derma Sperma Dapat iPhone 6s

Macam-macam kaedah yang digunakan hari ini supaya menarik minat untuk orang bederma. Seperti yang dilakukan oleh  Bank sperma di China cuba telah menawarkan ganjaran  wang tunai untuk membeli keluaran terbaru iPhone 6s kepada mereka yang menderma sperma mereka.

Antara hospital yang menawarkan Iphone 6s itu adalah Hospital Renji di Shanghai .

"Tak perlu jual buah pinggang anda, begitu mudah anda boleh mendapat iPhone 6s," itu adalah tagline iklan yang dipaparkan secara online oleh hospital tersebut  yang merujuk kepada terdapat individu di negara China yang sanggup menjual organ mereka semata-mata untuk mendapatkan produk terbaru Apple itu

Untuk itu sekiranya seorang lelaki itu berjaya melepasi pemeriksaan kesihatan yang dijalankan  dan kerap menderma spermanya, mereka akan diberikan wang sebanyak 6,000 yuan sebagai ganjaran yang cukup untuk membeli telefon tersebut.

Dipetik dari akhbar China Daily tentang seorang lelaki dari bandar Yangzhou pada mulanya berhasrat untuk menjual buah pinggangnya di sebuah laman web jual beli organ haram bagi  mendapatkan iPhone 6s yang diidamkannya tetapi beliau akhirnya menukar hasratnya itu setelah menerima tawaran untuk menjual spermanya oleh sebuah hospital di situ.

Tindakan pihak hospital untuk menawarkan ganjaran berupa iPhone 6s dianggap sebagai usaha yang kreatif.

sinarharian

No comments