Bomba Selamatkan Pengantin Baru Terjun Ke Dalam Perigi Kerana Stress
SEORANG wanita yang baru berkahwin nyaris maut lemas dalam sebuah perigi yang terletak di hadapan rumahnya di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, semalam.
Mangsa yang berusia 27 tahun ditemui penduduk kampung dalam keadaan lemah dalam perigi disyaki berada dalam tempoh yang lama sebelum dibantu keluar.
Difahamkan, sebelum kejadian wanita berkenaan dilihat tidur berdekatan perigi kerana dipercayai mengalami tekanan perasaan.
Pelbagai usaha jiran tetangga lakukan termasuk meletakkan tangga, namun wanita berkenaan tetap gagal untuk naik menyebabkan bantuan bomba diperlukan.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Yacob Ishak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu bergegas di lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10 pagi.
“Setibanya ke lokasi kejadian pada jam 10.11 pagi, kami dapati terdapat seorang wanita terjatuh ke dalam perigi terbabit.
“Namun, mangsa masih dalam keadaan sedar dan terapung dalam air perigi dengan berpaut pada tangga kayu yang diletakkan penduduk kampung.
“Mangsa berjaya dinaikkan jam 10.36 pagi,” katanya.
Tambahnya, wanita berkenaan hanya mengalami cedera ringgan dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali memberitahu, sebelum kejadian mangsa dikatakan hilang menyebabkan suami wanita berkenaan mencari mangsa di sekitar kampung sebelum dimaklumkan jiran ternampak isterinya tidur di tepi perigi itu.

Post a Comment