Header Ads

SUAMI TINGGAL NOTA TERLALU RINDU EMAKNYA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA SEBELUM NEKAD BUNUH DIRI

Kota Tinggi: ‘Buat Isteri Tersayang....Terima kasih sudi menjadi isteri yang ikhlas. Cuma awak dari awal hingga akhir, demi Allah. Suami mu yang malang terlalu rindukan emak!! Assalamualaikum!’. 

Begitulah di antara isi kandungan sehelai kertas nota yang telah ditinggalkan untuk menjadi kenangan pahit oleh seorang lelaki yang telah mengambil keputusan untuk membunuh diri dan mayatnya telah ditemui dalam keadaan tergantung dengan kabel elektrik di sebuah rumah kedai di Felda Pasak, Kota Tinggi, pada jam 9 pagi semalam. 

Lebih menyayat hati lagi, mayat lelaki tersebut telah ditemui  oleh anak perempuan bongsunya yang berusia 8 tahun di bahagian dapur. 

Isteri kepada mangsa 38 tahun  yang ditemui menyatakan, dia begitu terkejut bila anak bongsu telah mengejutkannya yang ketika itu sedang tidur dan memaklumkan yang dia menemui bapanyadalam keadaan  tergantung di dapur tersebut.

Menurut isteri mangsa lagi, pada malam sebelum kejadian tersebut, dia telah balik ke rumahnya pada jam 2 pagi setelah selesai berniaga di bazar karat dan beliau dapati suaminya itu tidak ada di rumah namun suaminya itu telah pulang tidak lama selepas itu. 

"Sebelum keluar berniaga pada petang itu, saya mengemas rumah namun apabila pulang saya dapati rumah bersepah. Apabila suami pulang berlaku pergaduhan antara kami. "Suami kerap marah kebelakangan ini dan kadang-kadang mengamuk menggunakan senjata tajam untuk mencederakan dirinya," menurutnya semalam. 

Beliau juga berkata, ketika pertengkaran itu berlaku, suaminya telah cuba untuk mengelar lehernya sendiri dengan pisau. 

"Saya cuba hubungi polis tetapi telefon bimbit saya dirampas suami. Saya mahu keluar, namun pintu depan dan belakang dikunci suami," kata ibukepada tiga anak itu. Menurutnya, apabila pertengkaran reda, dia masuk ke dalam bilik dan tidur sebelum dikejutkan seorang anaknya memberitahu suaminya tergantung di dapur. "Saya tidak tahu mengapa dia bertindak seperti itu namun sejak ibunya meninggal dunia tiga bulan lalu, suami agak berubah," katanya. Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan dijalankan sebagai kes kematian mengejut, lapor Harian Metro.

-harianmetro

No comments