Header Ads

Awal Sempat Hubungi Scha Selepas Kemalangan

Isteri pelakon dan pengacara Awal Ashaari, Scha Al Yahya ketika dihubungi berkata, Awal sempat menghubunginya selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Ayer Keroh, pagi tadi.

Menurutnya, dia tidak tahu tahap kecederaan dialami suaminya tetapi sudah dimaklumkan Awal sudah menjalani x-ray di Hospital Besar Melaka.
"Saya sedang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur ketika Awal menghubungi saya tadi. Pada mulanya saya buat macam biasa saja kerana tidak mahu membuatkan kru produksi lain turut panik, namun mereka faham dan memberi pelepasan untuk saya pergi melihat keadaan suami," katanya yang dalam perjalanan ke Melaka ketika diihubungi, sebentar tadi.
Menurut Scha, dia juga belum dapat bercakap dengan Awal kerana suaminya itu masih dirawat.

Dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi, Awal dikatakan cedera di anggota badan dan dikejarkan ke Hospital Melaka menggunakan ambulans.
Selain awal, turut berada di dalam kenderaan itu adalah Pengurusnya Izuan Mokhtar dan belum dapat dipastikan siapa yang memandu kereta terbabit.
Mereka dikeluarkan orang ramai sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka dan kini sedang menjalani ujian x-ray.

-hmetro

No comments